Harakah Daily - 29 November 2023
Pastikan Malaysia tak dibelenggu ISDS dalam CPTPP
Kerajaan wajar mengambil langkah memastikan Malaysia tidak dibelenggu dengan Penyelesaian Pertikaian Pelabur Negeri (ISDS) yang terkandung dalam Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP).
Dr Halimah Ali (PN-Kapar) berkata, ia adalah bagi melindungi syarikat tempatan dari bersaing dengan syarikat multinasional lain.
“Apakah langkah bagi memastikan Malaysia tidak dibelenggu dengan ISDS yang terkandung dalam CPTPP?
“Serta dalam masa yang sama dapat melindungi kepentingan syarikat tempatan dari bersaing dengan syarikat multinasional yang mempunyai dana lebih besar,” katanya ketika mengutarakan soalan tambahan kepada Kementerian Kewangan di Dewan Rakyat, di sini, hari ini.
Dalam pada itu, beliau juga meminta penjelasan pihak kementerian berkaitan perlindungan harta intelek tempatan.
“Apakah langkah yang dapat kerajaan laksanakan bagi melindungi harta intelek tempatan termasuk dalam menambah nilai produk negara?” soalnya.
“Langkah itu adalah bagi membolehkan bersaing dengan sesebuah kolam pasaran(market pool) CPTPP yang besar,” katanya.